Tabung Ilyaas Hafiy & Adik Baby

Thursday, December 1, 2016

Review : Silicone Manual Breast milk collector

Untuk ibu2 yg menyusu di luar sana, skrg ni kan tgh hot and famous pasal breastpump silicone ni. 
Pada I, ni bukan sejenis pump tp lebih kepada milk collector. 
Sebab tak da melibatkan proses mengepam langsung. 
Cuma lekapkan saja dekat breast !

5 thn sudah time susukan Ilyaas and 3 tahun sudah time susukan Imani, I belum pernah dengar lagi pasal pump jenis macam ni. tp masa mengandungkan Iyaadh mmg tengah famous. Bukak fb je iklan pump ni. sponsored post pasal pump ni, review sana sini orang buat. 

I x amik kisah sgt sbb mmg dah ada pump madela pisa I selama ni yg sgt disayangi dan juga pump madela harmony.. tp lepas pantang, i ada pergi kedai pumponthego dekat putrajaya. nampak pump ni. harga plak masa tu rm39.90, so I pon grab je la.. sbb murah jugak. 





Ni size milk collector silicone manual
i pakai brand Autumnz
Beli kat pumponthego RM39.90
harga dekat lazada RM31.90 je
sebelah tu botol spectra, untuk compare size

Thursday, November 24, 2016

Cara Mudah nak buat Choc Banana Ice Cream



Gambar ais krim buatan tangan sendiri. 


Bangga sangat ni dpat buat ice cream sendiri (kembang2 hidung smbil type ni)


Sebenarnya, mudah sangat! Seriously, tak payah pandai buat pun confirm akan jadi ice cream ni.. 


Bahannya senang je:

Frozen Bananas
Serbuk koko
Fresh Milk
choc chip (optional)


Caranya pulak:-

banana (ikut lah berapa biji nak guna) di frozenkan
Kemudian, keluar kan dari freezer dan campur sedikit dengan fresh milk
Blend
Kalau suka manis, boleh la nak tambah sugar or honey but I tak tambah
campur serbuk koko and continue blend
blend and blend sampai semua hancur

texture frozen bananas akan membuatkan the one yg dah blend jd sama exactly mcm texture ice cream. so you have to serve and eat your ice cream immediately or keep it frozen if tak habis. 




This is how Ilyaas had his choc banana ice cream with smarties

Imani doesn't really like it because it's not sweet. 
Sebab I tak add on any sugar at all. 
My Imani is one with sweet tooth. so if I add honey perhaps she will love it. 

Nevertheless, Ilyaas and myself love this choc banana ice cream a lot!

Easy and healthy at the same time!


Ice cream craving fixed!


Tuesday, November 22, 2016

Cukur Rambut Iyaadh Hafiy Abdul Halim

I am going to take few minutes for this. As I scrolled some of the pictures from my handphone, I came across these pictures of Iyaadh Hafiy during confinement days. MashaAllah, he has been growing very well since then, Alhamdulillah. 

Cepat sgt masa berlalu, soon, in a blink I will be busy preparing for his solid food.  {ok, all mothers are emotional like this right? }

Biasakan dlm adat melayu kita akan cukur rambut bayi baru lahir. So Iyaadh did his cukur rambut when he was merely 20 days ++. I can't remember exactly the days we did this. But it was on the day I started with my confinement massage. (saya mengurut lambat sebab bersalin operation). 



My hairless Iyaadh Hafy

Friday, November 18, 2016

Pengalaman Abscess Mastitis @ Bengkak Susu Bernanah

Assalamualaikum semua,

Ni entry panjang sgt. peram dah lama. type sikit2. so sekali publish, terpanjang jadinya. untuk rujukan di kemudian hari dan rujukan ibu2 menyusu juga.

Saya baru keluar wad. huhu.. dah almost sebulan discharge.
Admitted on 22nd Oct sampai 25th Oct. dekat KPJ Ipoh.
Reason for admission tu sebab abcess mastitis atau bahasa melayunye, bengkak susu yg dah bernanah. Scary kan dengar. Yang merasa sakit ni pon rasa scary lagi..hhuhu..

Al kisahnya, 20hb Oct tu, I amik EL. Sebab pengasuh ada urusan keluarga. Sepanjang duduk dekat rumah dengan Iyaadh, I cuma pump sekali je. Itupun waktu pagi. Pump pon guna pump silicone autumnz tu je, bukan electric pump... Sebab I tak rasa urge untuk pump pon..tak rasa penuh pun susu ni. masa 20hb ni rasa biasa je. takde masalah apa2.

Malam sebelum tidur, 20hb tu, tiba2 Iyaadh berak dan najis dia ada darah. I risau sebab ni bukan first time jadi, tp kali ni darah dia agak intense dan banyak. I terus ckp, esok 21hb tu nak gi jumpa pakar kanak2. sebab I tak nak tangguh2 lagi..husband setuju je la. Lagipun I mmg cuti lagi masa tu.

Pagi 21hb, I bangun awal. Pukul 5pg. Biasanya I akan pump dulu. tp pagi 21hb tu I pergi sapu rumah dan mop rumah dulu. Sedar2 dah Subuh and Iyaadh dah bangun tidur. So, sebelum solat subuh, I susukan Iyaadh sambil express milk lagi sebelah guna pump silicone tu. Lepas habis menyusu, I tak continue dah pump untuk kosongkan miss B sbb terkejar2 nak solat subuh plak.

Dah settle hantar Ilyaas and Imani ke taska, I dgn husband bawak Iyaadh ke hospital nak jumpa pakar kanak2 sebab dia berak ada darah tu. Tp pagi 21hb tu najis dia dah biasa. xde darah pon. But I dah start rasa berdenyut2 dekat miss B belah kanan. semacam je rasa. Iyaadh hisap pon rasa sakit2. sempat singgah office jap hantar email etc before gi hospital. Sampai je hospital, lucky terus dpt jumpa doc pakar kanak2. masa ni I dh mula rasa seram sejuk tapi bertahan je la. Well, mcm denial lagi kata nak jadi bengkak susu tu.

Sementara tunggu  payment untuk Iyaadh tu, I tibe2 jadi sejuk sesangat. Menggigil satu badan. Time tu jugak Iyaadh nak susu. I feed him dekat sebelah kanan sebb mmg rasa bengkak sangat2. I thot lepas feed I will feel better la. Tpi I salah, masa nak feed tu, sakit dia mmg melampau gila. Menitis2 air mata sambil nyusukan Iyaadh. Sakit sgt!!!!

After that, I terus gi ER dekat hospital tu dan jumpa doc. Mintak Mc. doc suggest jumpa pakar, but I refuse sbb I rasa ni akan surut sendiri. Dapt panadol je. But malam tu demam panas menggila. Tidur bilik asing sbb tak nak pakai aircond. Tp Iyaadh still tidur ngn I la sbb nak menyusu malam2.

The next day, Sabtu, pergi klinik panel dekat rumah sbb tak tahan dah sakit. Harapkan panadol ke, habis sepapan utk satu malam je. Doc tengok miss B, terus bg referral letter ke hospital. jumpa general surgeon sebab katanya dah abscess which is bernanah dah.. waaaaa :( takutnya dgr sbb takut kena operate miss b nak buang nanah tu.


Pening kepala pikir nak drive sndiri gi spitl kat ipoh, sbb husband kena jaga anak2. kalau nak bawa dorang, kesian je sbb dh la panas n nnt proses kat ER and of course kena admit (dah confident kena admit).. I mmg packing baju siap2. mula2 tu drive dah sndiri, gigihkan diri nak berubat sbb xnak sakit lelama. kebetulan, tibe2 my biras call ckp dorang nak sampai dah rumah kitaorg. dorg boleh tolg jagakan ilyaas n imani. Ya Allah, leganya rasa masa tu.. Dalam saat2 memerlukan, ada ahli keluarga datang membantu. Alhamdulillah, for the support system that we have.

So, I patah balik rumah, amik Iyaadh dan tinggalkan Ilyaas dgn Imani with my biras. Husband drive kan I ke hospital. Sampai hospital I terus gi ER, mujur Iyaadh tgh tido dalam carseat, jadi husband handle Iyaadh. Doc datang check, mmg kena admit kena masukkn antibiotic kot suntikan tangan.







Lama sgt urusan nak warded. Susukan Iyaadh atas katil ER. 

Masa ni mmg rasa insaf sgt2. Sebab walaupun dah masuk kali ketiga menyusukan anak, kononya 
dah expert dah. Kalau tak jaga elok2, kena juga sakit ni. 
Tak terbayang akan masuk hospital sbb bengkak susu. 
huhu..


Iyaadh berjaya meniarap sendiri masa kt hospital. 
Masa ni I dpt bilik 10 bedded. sbb bilik single mmg penuh. 
so mintak bilik double. tu pon lambat nak dpt. 
Husband dgn anak2 balik rumah , dkt Maghrib baru I dpt tukar bilik lain. 

Iyaadh siap2 salin baju tidur kat hospital. senang balik rumah, husband just uruskan Ilyaas and Imani jugak. 
Malam tu my parents datang from Penang straight ke rumah kitaorg. 
Jadi lega la sikit my husband, bila pagi je, my mum uruskan Iyaadh bg mandi etc. Husband dpt keluar cari makan dulu. 
Tgh hari tu dorg dtg melawat I kat hospital. 
My parents bawa Ilyaas n Imani balik dulu bila dorg dh bosan kat hospital. 

Thanks so much to my parents sbb dtg. Mak amik cuti utk tlg anak perempuan tunggal dia ni. 
Sampai dah tua bangka ni pon kakak still bergantung pada mak ayah...huhuhu, kasih ibu bapa sampai ke akhir hayat...selagi mampu dorg tolong. 

moga dpt ku balas serba sedikit pengorbanan mereka yg sgt besar ....





Penuh gambar awang ni sorang je ... 
sbb dia dok ngempeng Miss B sebelah lagi.. 
tahu agaknya kat rumah kena minum EBM dlm botol je. 


Duduk kat spital for 3 hari 4 malam... 
pastu dpt mc another 6 days. 
lega rasa dpt recover betul2. 
now mmg dh tak skip pumping, x lambatkan. 
biar sebelum tidur dan waktu bangun tidur kena pump. 
wajib.....


nasihat utk diri sndiri..

Tuesday, November 8, 2016

Gambar Makanan


Sebab tak sempat nak share resepi lagi. 
Kite share gambar je dulu. 

Semua ni home made by myself :) 

Layan gambaq dulu. Nanti rajin kita type resepinya. 



Home made choc banana ice cream

Choc banana ice cream untuk anak2 kita letak smarties

ni Ilyaas punya


Salad + apple, nasi planta, chips and dory fillet



Oat choc chip cookies with smarties

Picture taken by Ilyaas Hafiy


Spaghetti goreng sedap nyumsss



Buttermilk chicken


Monday, November 7, 2016

Professor Cendol- Gunung Rapat, Ipoh

Dalam 2 minggu lepas, after discharge from hospital (x citer lagi pasal ni), I dgn husband singgah lunch dekat Professor Cendol. Lokasinya dekat dengan Billion Gunung Rapat, Ipoh. 

Kitaorg tertarik dengan tagline RM2,layan sampai kenyang, tambah percuma. something like that la. 

Tambahan, masa tu I mmg dok teringin nak makan cendol. So, dgn tagline camtu, lagi la bersemangat nak cuba. 

Kat situ selain cendol ada laksa, nasi goreng ikan rebus, nasi lemak royale, rojak , pasembor. 

Tapi time kitaorg sampai tu, bnyk yg takde. Yg ada pon nasi lemak royale. 






Ni la rupa nasi lemak royale tu. 

I bagi 4 bintang untuk nasi lemak ni. Sedap! 
Ada kuah dalca dan sotong masak kicap. Memang rare . 
Nampak macam nasi minyak, tp mmg rasa dan bau nasi lemak. 
Cuma lauk2 dia mcm nasi minyak dan tak ada sambal or tak ada telur mcm nasi lemak biasa. 

Something different yg sedap rasanya. 


Untuk cendol Rm2, sangat2 mengecewakan.
Tak macam rupa cendol pon. 

Warna mmg out. cair betul. 
Cendol patutnya warna hijau, ni warna putih kelabu2 gitu. 


tak cukup pewarna atau tak de daun pandan...hmmmm

gini la rupanya...

berdasarkan warna tu, mula2 I nak berfikiran positif mungkin rasa dia nyummms...

tapi idok la, rasa nya mmg sama mcm rupanya. 

tak sedap sgt.. 

kami makan cendol ni pon tak habis.. 

patutla tagline tambah percuma.. 

sebab tak teringin pon nak menambah walaupun percuma.. 

to be honest, pada I, cendol kat psar malam lagi sedap dari ni.. 


Mungkin nasib kitaorg kot gi masa ni dapt kualiti low mcm ni. 

Apepun, kalau dah nama francais, patutnya kualiti kena maintain dan biar sama tak kira la kat mana dan waktu bila pon...





Tuesday, October 18, 2016

Tips untuk cili padi tahan lama

Assalamualaikum semua, 

Selamat Pagi =)

hari ni nak share satu tips yg sangat2 simple. 
Mungkin dah ramai yg tahu, tapi tetap nak share jugak .:D

Kadang2 kalau kita beli cili padi hijau or merah yg kecik2 tu, kat tesco or kat Aeon, dorang jual dalam plastik kecik2 kan. Pastu, balik rumah, kita terus masukkan dalam fridge. 
Selang beberapa hari nak guna, kita bawa keluar tengok the chilies dah mula layu , berair and even sometime jadi lendir hitam. 

Terus rasa ruginya beli, dah x leh guna. 

Sejak 2 tahun sudah, I pernah terbaca kat blog mana tak ingat dah, kalau nak pastikan cili padi tahan lama, sebelum simpan, kita buang dulu batang cili tu. 
Dan kalau ada daun2 masih lekat kat batang cili tu, kita buang sekali. 

Monday, October 17, 2016

Instant Tea from Whittard Chelsea 1886



Dah lama aim nak rasa minum teh dan hot choc from Whittard Chelsea ni. 
Brand from UK since 1886. 

Junior sekolah yg duduk kat UK bukak order untuk Whittard terus I pon order. 
Order 4 tin terus. Kalau ikut kan hati nak order lagi banyak, tp hahha, lari bajet den. 

I order Dreamtime Tea. Yang ni rasa dia vanilla, apricot and honey. Memang nyaman sgt bila minum especially time tgh rasa nak marah.Hahah, menenangkan jiwa gitu. 

Yang Lemon & Lime pulak, rasa dia refreshing. Masam2 gitu.
Tapi sesuai je ngn selera I. yang suka minum flavoured tea ni.

Then tin ketiga I order  Turkish Apple. This one is my husband's fav. 
Almost tetiap malam dia minum ni lepas dinner before bedtime. 
I mmg tau dia peminat Turkish Apple, so order se tin purposely untuk dia. 

Hot Choc tu I order yg luxury. Mmg pekat and pahit. Tapi sbb dah campur gula dlm campuran tu so sedap sgt jadinya. Nak bancuh hot choc ni, I panaskan susu . then letak 3 sudu kecik (or sesuka hati) serbuk hot choc tu. Kacau2, terus minum panas2.. sedap sgt. 

And to my concern, hot choc ni jadi milk booster untuk I. 

By the way instant tea ni dalm bentuk serbuk tau. bukan uncang, sperti yg I ingt memula dulu.hahah

Kalau nak order leh je order direct from website kat UK. 
Diorang ada buat oversea postage.tp mahal la cost postage nye. So better cari personal shopper .

Thursday, October 13, 2016

Halaman Dhuha Family Day 2016 di Limastiga, Melaka




Untuk julung kalinya, family in law saya buat hari keluarga. Dah lama plan nya, dari awal tahun lagi. 
Tempat yg dipersetujui ialah Limastiga, Melaka. 

Villa Limastiga ni kategori premium villa atau premium homestay. 
Nak sewa tempat ni, kena sewa the whole villas. Agak costly tapi worth it sebab selesa dan yg ada di situ cuma ahli keluarga kita sahaja. 
Facilities semua kita yg punya tak perlu sharing dengan orang lain. 

Perjalanan ke Melaka bermula hari Sabtu, 1 october 2016. Kami bertolak sekitar 9pg dari Perak. 

Tuesday, October 11, 2016

Cranberry Choc Chip Oat Cookies

Assalamualaikum wbt, 

Last weekend, I have tried new cookie's recipe. Purposely to help me sustain my milk production and to promote healthy eating among the family member. 

Using whatever left at home, I made cranberry choc chip cookie. It's easy and cheaper compare to the one in the market. Apsal cakap english je ni. :P

Resepi nya I google je. And cari mana yg paling senang. 



My cranberry choc chip oat cookie. 
Nyums!

Thursday, October 6, 2016

Iyaadh Hafiy, the first 3 months

Sorry Iyaadh sayang, umi have not update anything about you yet. 
Umi promises will update more frequent lepas ni. 
Your milestone needs to be recorded in this dear blog of mine, sama mcm abang dan kakak jugak. 

Ok let's have an overview of my little Iyaadh Hafiy. 

Ok nama diberi as mentioned above. Bermaksud, Sokongan yang mulia. 
He is indeed the ultimate support system our family is needed. 
Lepas ayah dia register PhD, I confirm pregantkan Iyaadh.
and Iyaadh lahir almost a year after ayahnya bergelar student PhD at the same time still working. 
So, we decided that he is his daddy's supporter through out daddy's PhD journey, perhaps umi's too. 
That is how you got your name Iyaadh sayang. 

He was delivered through Emergency Operation, sama macam abang kakaknya jugak. 
Just that, everything sgt cepat dan mudah masa proses melahirkan Iyaadh. 
Cuma, pain after operation tu beyond my words la. 
It makes me rasa x mau bersalin lagi lepas ni. 
Only within a month later, I changed my mind, to add another kid lepas Iyaadh dah besar nanti.
Hahhaha, cannot resist the cuteness of newborn. 
Feels like eating them! Lol. 

We had our pantang in Bukit Mertajam for about a month before we come back to our mansion in Seri Iskandar. 

So, you were about a month when you first travel. No problem at all. 
Tidur all the way. Easy peasy baby.


Friday, August 12, 2016

28 Hari di NICU



Assalamualaikum semua, 

Kalian masih ingat pada arwah Zarifa si Wildan Syurga ? 
Kalau dah lupa atau tak pernah tahu pasal si Wildan Syurga ini, jemputlah scroll ke entry2 lama saya berkaitan #Zarifa ku sayang

Saya minta maaf awal2 sekiranya sesiapa yg membaca entry2 lama tersebut, mengalir air matanya. Apakan daya, mmg ini kisah sedih tp penuh pengajaran dan kecintaan. 

Setahun sudah berlalu pemergian si Wildan Syurga ini, ayah Zarifa sendiri telah berjaya menulis sebuah buku mengenai perkongsian hidup yg Allah pinjamkan antara beliau dan isterinya dengan Zarifa. 

Buku yg bertajuk 28 Hari di NICU. 



Sunday, July 10, 2016

My 3rd Birth Story

Alhamdulillah, I dah selamat melahirkan anak ketiga pada 29 June 2016 yang lepas. Tarikh EDD mengikut kiraan haid patutnya pada 20 July 2016 (Genap 40 weeks). But, since I already had two previous Emergency Cesarean, we scheduled the 3rd operation on the 8th July, Friday which will be the 3rd day of Syawal. Dengan niat, I dapat habiskan berpuasa seterusnya dapat beraya sekejap sebelum berpantang. Date scheduled operation tu patutnya pada 38 minggu 2 hari.

Tapi, kita kan merancang, Allah yg menentukannya. Walaupun dah plan untuk elective cesarean operation kali ni, I still have to go through the labor process jugak! Oh sayang nya Allah pada diriku, dapat lagi merasa sakitnya contraction (walaupun tak lama kali ni), dapat jugakla menghapuskan dosa2 kecilku..mudah mudahan.

Al kisahnya mcm ni...

28 June- Selasa
Already on my day 2 of medical leave. So I stayed at my parents' in Penang. Habiskan berpuasa di Penang dan get ready for delivery.  I cook spaghetti bolognese for berbuka. I mintak ayah carikan air tebu or air kelapa utk berbuka sebab tiba2 je rasa teringin sangat nak minum either one of it. masa ni husband dah balik ke Perak. I stayed at my parents' with Ilyaas and Imani.
I repeatedly went to toilet for big business about 5 times on this day.

29 June- Rabu
Bangun sahur as usual. Mak cook something simple sebab gas habis. I eat a lot, tambah 2 kali waktu sahur. After sahur, went to loo again for big business. Waited for mak to go to work and I continued my sleep. At 9.30ish am, feel like sakit perut memulas. I know it might be contraction but I ignored it coz still sleepy. At 10am, Imani woke me up and I still have the sakit perut. Ignore lagi sbb dari yesterday asyik pergi toilet. Went to toilet to give bath to Imani and suddenly I felt something running in between my legs. Clear water! Oh, this must be my amniotic fluid! terus jerit panggil my dad but he was not around at that time. I quickly gave bath to Imani and tried to call my husband. He's not picking up the phone. Called my mum and told her immediately. Dad returned home and got panicked after I told him that my water bag already leaking and need to go to hospital soon. Called department's secretary to ask her to inform my husband since I can't reach his phone.
Went to loo one last time for big business before going to hospital.
At 11am something, we went to KPJ BM. Straight to emergency department.
Near 12pm, I was wheeled to labor room. Husband started his journey back to Penang.
change uniform hospital.
Did CTG. contraction quite strong by now.
Insert urine bag tube.
Insert line on my left hand. So sakit!
Meet anesthetist
Signed all the needed documents.
Change bed.
Strolled to OT. saw my mum on my way to OT. She kissed my forehead.
I started shivering.
Get half body bius. Not so sakit like inserting the line earlier. Surprisingly sebab everybody told me it is sakit.
They (doctors and nurses) setting up the operation.
Asked me few questions and they began.
Can smell fire and blood and flesh. My own blood and flesh.
Smell hangit too.
Nurses pressing my tulang rangka to pull out baby.
Baby cried! I said Alhamdulillah. Anes was with me all the way.
This time around, I requested to bring along my spectacles to OT.
So that I can wear it during skin to skin contact.
They put my spectacle on me and gave me the baby.
So putih and red!
Alhamdulillah...

I am now a mother of three children. Masha Allah...Syukur ...

Friday, June 24, 2016

Simple Roti Sosej untuk berbuka

Ni cerita 2 minggu lepas kot. 

My sis in law share resepi melalui fb. I terus rasa nak buat. sebab senang, and all the bahan2 ada dekat rumah. Kebetulan Ilyaas pulak puasa on that day. So, lagi semangat la uminya nak buat something different. Hari tu plak husband decide beli makanan kat luar, jadi I ada lebih masa after balik kerja utk buat roti sosej simple ni. 

Nampak mcm pizza sosej pun ada jugak. 

Biskut Coco Crunch



Cuti Nuzul Quran untuk Ramadhan 2016 jatuh pada hari rabu. 
Tengah2 minggu, jadi kami tak plan nak ke mana-mana pun. 

Pagi I kemas pelbagai jenis bag. Bag utk bawa ke hospital, bag baby utk masuk OT nanti, beg baju raya, beg extended stay at my parents' house, toys and buku anak2 untuk di bawa balik ke my parents' house...Agak serabut sebab too many to pack and I jadi pening what to bring what not to bring. Walaupun list dah buat panjang2.. 

After packing, I cooked for kids' lunch. Ayam masak kicap je. And also buat kari to frozen kan. 
By lunch time, bagi anak2 makan and ajak husband keluar kejap. Am going to make biskut raya pulak after Zuhur to kill the time. hahha boring. nak membaca malas now. 

Biskut yg I buat kali ni is Biskut Coco Crunch. I rasa ni kali kedua I buat, last yr ada buat jugak, but I did not share the recipe sebab last yr we had a big lost in our family masa early Ramadhan. 

Original resepi from resepi citarasawan