Friday, May 30, 2014

First time shopping kat Primark

Assalamualaikum, 

Amboi korang, nampak tajuk shopping je terus laju-laju kan click
 (pinjam ayat Chekgu Azrine, bleh quote ChekguAzrine, 2014 gitu)

Walaupun sekadar ke Primark, (kedai murah jer kat area UK/Europe ni),
 I think first time experience ke Primark ni deserve an entry in my beloved blog (beloved la sangat).

Benornya, I mmg tak pernah pon pergi Primark. 
Walaupun nama kedai ni meniti di bibir family in laws I yg kebanyakkan pernah
 menetap kat UK sbb sambung study dulu.
jadi kat dalam hati ni mmg ada tertanam la keinginan nak ke primark.
waktu bila dan di mana tu x dirancang...
rezeki la jumpa primark kat sini

Primark ni company Irish.
So bila datang Holland ni, I tak expect langsung akan ada Primark. 
Boleh je nak check store locations sebenarnya, tp ntah, tak terlintas pon. 
Sampai la kitaorg gi jalan2 ke rotterdam last week (citer di entry lain kalau rajin nak transfer pic from camera), tersesat (hahahha) and nampak ramai orang bawa paper bags primark. 
We were like, eh ada primark ke kat sini? 
balik apartment je, terus google la store location. 
dan sah, confirm ada primark kat rotterdam. 


dengan persetujuan bersama, kami laki bini dgn anak-anak, kembali ke rotterdam semata-mata nak shopping baju raya anak2 n beli utk anak2 sedara barangan primark. 

hebat punya tak hebat primark ni, husband yg boleh dikatakan tak pernah suka shopping, tibe2 ajak shopping sini, siap setuju i nak beli itu ini...



tu baru satu beg kecik. 
ini dah round ketigamasa ni. 
round kedua masuk sorang je.
round ketiga lepas kitaorg lunch n imani tido dah dlm carrier. 
ilyaas pon dah sleep dah stroller. 
round first dah bawa keluar 2 beg besar. 
gila sgt gila masa tu

kitaorg gi sni hari rabu. 
husband amik off day sendiri.hahahah
bertolak from delft pukul 9 lebih.sampai sana kol 10 lebih camtu la..
orang dah ramai gila, beratur kat cashier pon dah panjang.
kedai bukak pukul 9 kot..
and hari rabu adalah hari bekerja..
dlm tu ramai nye kaum wanita.
so i rasa most of them housewives la kot
sesak dah masa tu dlm kedai ni.
tp kitaorg buat plan, mula cari baju anak2 dulu..
amik je apa yg nmpk berkenan n ok.
masuk shopping bag. 


pastu gi section lelaki. tgk utk husband n ayah2 kitaorg. 

sempat I menyelit sebijik handbag.
hahahah

murah la jugak. 
yang penting handbag tu besar boleh muat diaper clutch.
n ada tali sling. 


disebabkan ramai gila umat manusia, nak fitting baju or seluar pon beratur panjang sgt. 
maka i try je kat atas sluar jeans yg dah tebal. 
main belasah je amik size apa pon. 
anak2 i tka peduli buka baju or seluar dorg try dekat lokasi je.takde dah nak ke bilik salin. 
dah habis pilih semua, kitaorg duduk kat satu bucu yg tak ramai orang, asingkan balik baju n seluar mana yg nak, mana yg tak jadi amik..

sempat i belikan seluar jeans getah utk Iman Tihani..
harap2 muat la Iman Tihani pakai 

orang beratur nak change benda pon ramai.
mesti kes xsempat nak cuba masa beli. 
dan kitaorg pon sama la. 

esok lusa kena gi balik...hahaha
sebab kitaorg salah beli size.
ingt kurus!!!!

kahkahkah..

tapi itu sebenarnya nak jadi alasan je lagi tu nak pergi primark. 

lagipun mmg ada relatives kitaorg pesan barang lagi from primark. 

nak tak nak akan pergi jugak la ....

standard la, primark ni yg best baju budak2..
rompers 7pcs jual murah2..warna plak sgt cantik.
sleepsuits semua murah.
tshirt budak, seluar jeans, dress...gitu la
utk org perempuan yg ok i rasa jeans/jeggings/handbag
baju ok gak tp kain mcm nipis sgt..

org laki baju kerja elok2..
tshirt berkolar pon cun, seluar jeans mmg takyah ckp la murah n kain sgt ok.

Primark Home pon ada gak. 
tapi tak amik la apa2 except tea towel. 
yg lain cantik tp bulky. no space to bawak balik. 


ni antara barang kitoarg from primark.

nampak x dah penuh bag...???????????

mcm mana ni nak bawa balik msia...

serius satu masalah besar. 

boleh nak tambah beg lagi, tp tak cukup tenaga manusia nak tolong angkat/bawa beg tu nnt.

dah la kitaorg akan stay amsterdam seminggu plak pasni...

haiyooooooo

tp biarla masalah ni klu x beli barang pon akan ada gak, 

nnt kitaorg pikir cmne nak sumbat. 

susah2 semua baju lipat style gulung2 nnt before balik..


ok sekian itu je citer pengalamn first time ke primark. 



1 comment:

  1. Sis..klu pergi lg snap la gmbo handbag..hehe..kot lawa2 blh order..hehe

    ReplyDelete

Drop you thoughtful cherry here. Thank You =)
Sila datang lagi...